Isnin, 3 Februari 2014
Sinopsis Novel Dia Cinta Hatiku
Sinopsis Novel Dia Cinta Hatiku
-Sharifah Amirah Syazliya seorang gadis berketurunan Arab Belanda. Dia dipaksa oleh maknya untuk berkahwin dengan Muhammad Adam Iskandar seorang lelaki yang tidak pernah dikenalinya. Maknya memaksa dia untuk berkahwin di usia muda iaitu 17 tahun. Tetapi Adam tidak menyukai akan perkahwinan ini dan megantung perkahwinannya.
“Aku tahu kau terpaksa kahwin dengan aku.Aku terpaksa terima kau sebab mak aku beria-ria nak aku kahwin dengan kau.Aku gantung perkahwinan ni.Aku tak ceraikan kau tapi kita tak duduk serumah.Kau boleh buat apa yang kau suka.Aku tak kesah kau nak buat apa and aku tak larang kau nak buat apa-apa aje.Tapi aku nak ingatkan kau,jangan kacau hidup aku.Aku tak nak ambil tahu pasal kau.Faham?” - Muhammad Adam Iskandar
Adakah Dia akan menemui kebahagiaan bersama suaminya yang menghilangkan diri entah kemana.
Dan apabila dia menjejakkan kaki ke USM dia telah jatuh cinta pada seorang lelaki yang amat dikenalinya tetapi tidak pasti identiti sebenar lelaki itu.
"Macam mana aku boleh jatuh cinta dengan mamat gila ni? Dia dahlah suka buat aku marah! Menyakitkan hati betul mamat gila tu. Ihh!" - Sharifah Amirah Syazliya.
Bagaimanakah reaksi dia apbila mengetahui identiti sebenar lelaki yang telah membuat dia jatuh cinta? Dan bagaimana dengan suaminya yang telah meninggalkannya entah kemana.
Siapakah pilihan hati Sharifah Amirah Syazliya? Adakah Suaminya atau mamat gila yang telah membuat hatinya berbunga-bunga itu?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
I HOPE ADE ORANG BACA BLOG NI..AMIN..
BalasPadam